24 May 2017

Kepimpinan, kebahagiaan


‘’SESEBUAH NEGARA TIDAK AKAN MUNCUL DAN KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT TANPA SESEBUAH ORGANISASI. SESEBUAH ORGANISASI ITU AKAN RUNTUH APABILA TIADA SEORANG PEMIMPIN. SESEORANG YANG TERPILIH MENJADI PEMIMPIN IALAH SEORANG YANG MEMEGANG TANGGUNGJAWAB SERTA BEBANAN YANG BERAT. APABILA SESEORANG PEMIMPIN ITU TERPILIH, MAKA BELIAU PERLU MEMBINA SEBUAH ORGANISASI YANG UTUH. APABILA TERBINANYA SEBUAH ORGANISASI YANG UTUH ITU, MAKA TERBINALAH SEBUAH NEGARA YANG AMAN MAKMUR.’’

PAHLAWAN PUTERA, PAHLAWAN PUTERI
BERBAJU BIRU SETIAP HARI
MEMBANTU PENDIDIK
MEMIMPIN MURID
MENGORBANKAN DIRI, MENYUMBANGKAN BAKTI
MENJAGA MARUAH, MENGAWAL DISIPLIN SEKOLAH.
BIRU BUKAN SEKADAR BIRU
BIRU SAKTI PAHLAWAN KUAT
WARNANYA LEMBUT BAGAIKAN SUTERA
INSAN YANG PERAMAH SIKAP MEREKA
WARNA BIRU SINARI PANDANGAN
WARNA BIRU WUJUDKAN KEMESRAAN.
PENGAWAS,
ADAKALA MASANYA TERBUANG
ADAKALA DIRINYA DIHINA
ADAKALA DIRINYA DIBULI, DICACI
SEAKAN DIRINYA SEORANG YANG KEJI.
PENGAWAS,
DIRIKANLAH BENTENG PERTAHANANMU
SATUKANLAH GOLONGAN-GOLONGANMU
HINDARILAH KEDENGKIAN, KESUKARAN
BERSABARLAH AKAN SETIAP DUGAAN
JADILAH PEMIMPIN YANG BERGUNA, JALANKAN KEWAJIPANNYA
TEGAKKANLAH KEADILAN
DEMI GURUMU, DEMI SEKOLAHMU.


Hari terakhir sebelum bertolak ke SMK Seri Serdang 


KEM SIRI (I) LEMBAGA PENGAWAS SMK SERI SERDANG

Begitu banyak perkara yang kami dapat sewaktu berada di Kem Sri Raudah, Gombak. Sebelum kami berada di kem ini, hati kami kosong. Jiwa kami tidak teratur. Kami semua tidak rapat seperti isi dengan kuku. Kami semua tidak mengenal satu sama lain. Kami semua angkuh akan satu sama lain. Kami semua tidak mempunyai kepercayaan antara satu sama lain. Akan tetapi, 3 hari 2 malam di Kem Sri Raudah ini telah membangkitkan kami dari keburukan menjadi kebaikan. Kami belajar erti ‘’Kepimpinan’’. Kami diuji dari segi mental dan fizikal kami, dari segi pertuturan kami sesama kami dan guru pengawas. Kami disedarkan oleh mereka yang dipanggil ‘’fasilitator’’. Kami berjumpa dengan seorang abang yang berjaya mengambil hati kami. Kami diberi pengajaran yang cukup dasyat dengan pelbagai aktiviti yang sukar bagi kami tetapi harus dilakukan oleh seorang pemimpin. Ada juga aktiviti yang menarik di sana seperti ‘’Night Walk’’.

Pada mulanya, kami tidak sedar apa-apa berkaitan aktiviti ini. Selepas tamat perjalanan kami pada malam itu, kami sedar mengapa mereka meletakkan kami di dalam kumpulan yang berlainan. Mengapa mereka biarkan kami berjalan dengan pengawas yang berlainan bangsa. Rupanya, kami perlu memanfaatkan semua ini dengan bergaul tanpa mengira bangsa dan agama. Kami pengawas, kami adalah satu keluarga. Keluarga mana yang tidak mengenal ahli keluarganya. Keluarga mana juga yang tidak mengambil berat antara satu sama lain. Justeru itu, kami di sini untuk memperbaiki segala yang telah hampir musnah dalam Keluarga Pengawas 2017. Kami di sini membawa harapan yang sangat besar. Harapan guru-guru kami yang menginginkan sesuatu perubahan daripada anak-anak pengawasnya. Kami diuji dari segi mental kami oleh seseorang bernama Syain. Kami memanggilkan ‘’Abang Syain’’.

Pada hari pertama kem, abang Syain datang secara tiba-tiba dan memarahi kami. Tanpa mengetahui apa kesalahan kami, wajah kami berubah. Abang Syain memberitahu tentang salah laku yang kami telah lakukan. Abang Syain juga telah memberi penjelasan bagaiman untuk menjadi seorang pemimpin yang baik. Pada saat itu, kami tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Kami mengikuti segala perkara yang diminta olehnya.

Penghulu kami, Wan Muhammad Aliff Najmi. Dia juga merupakan ketua kami. Penghuluwati kami pula, Maryam Shafiqah yang merupakan penolong kepada ketua kami. Mereka berdua ibarat abang dan kakak yang menjaga kami dari awal hingga ke akhir kem siri 1. Semasa kami didedahkan kesalahan kami oleh abang Syain, penghulu dan penghuluwati kami yang didenda. Setiap perbuatan kami yang tidak disukai abang Syain, hanya mereka yang didenda. Pada suatu malam, kami sedih melihat penghulu serta penghuluwati kami berdiri di hadapan kami semua yang sedang duduk. Mereka diminta untuk melakukan denda iaitu ketuk ketampi dan pumping atas kiraan abang Syain. Bertambah kesedihan kami apabila melihat abang Syain memarahi kami dan melihat penghulu dan penghuluwati kami tidak berhenti membuat denda walaupun sudah terlalu penat dan sakit kaki. Kami berasa ingin menggantikan tempat mereka berdua tetapi tidak mungkin terjadi. Kami menyalahkan abang Syain atas perbuatannya. Tetapi kami tidak sedar bahawa perbuatan kami lagi melampau jika kami angkuh terhadapnya.

Kami hanya diminta mengikuti arahan ketua dan penolong kami. Tetapi kami sendiri yang ingkar akan arahan itu. Pada malam terakhir kami berada di Kem Sri Raudah, abang Boy, iaitu pembantu kepada abang Syain yang diberi tugas untuk menguruskan kami semua membuat satu aktiviti. Kami tidak mengetahui apakah kesan terhadap kami semua apabila melakukan aktiviti itu. Kami telah dibahagikan kepada 8 kumpulan dan terdiri daripada 10 orang setiap kumpulan. Arahan abang Boy ialah kami diminta untuk membina sebuah bangunan Lembaga Pengawas SMK Seri Serdang. Tanpa kami sedar apa yang kami lakukan, kami membina 8 buah bangunan yang terdiri daripada 8 kumpulan. Seharusnya kami menggabungkan kesemua 8 bangunan itu supaya menjadi sebuah bangunan yang besar. Hanya sebuah sahaja yang diminta. Tetapi, segelintir daripada kami mementingkan dirinya sendiri. Ketua kami, Wan Muhammad Aliff telah memberi arahan dan pergi ke setiap kumpulan walaupun keadaan semua kumpulan sedang huru-hara akibat kemusnahan sesebuah kumpulan. Tugasan Aliff ialah dia perlu menyatukan 8 kumpulan kerana bangunan yang dibina adalah bangunan kami semua. Kami tidak sedar. Kami tidak mempedulikan arahan daripada ketua pengawas kami sebaliknya kami bertindak mengikut arahan ketua setiap kumpulan. Biarpun kami tahu bahawa kami hanya mempunyai seorang ketua iaitu Wan Muhammad Aliff sebagai ketua pengawas SMK Seri Serdang. Kami meminta maaf antara satu sama lain dan meminta maaf kepada guru-guru kami. Kami juga diberi peluang untuk melepaskan tangisan kami pada malam itu. Pada akhir aktiviti tersebut, barulah kami semua sedar betapa kosongnya otak kami dan teruknya kami sehingga tidak mempercayai pemimpin kami.

Dalam duka juga ada suka, kami juga bekerjasama melakukan sesuatu aktiviti pada hari terakhir kem seperti memasak, melintasi sungai yang deras, bekerjasama dalam mencipta sorakan kumpulan. Pelbagai masalah yang mengundang kami untuk mengubah sikap kami. Akhirnya, kami berubah. Banyak juga perkara yang istimewa dan berharga yang tidak dapat kami lepaskan iaitu saat kami semua mendengar luahan abang Syain yang mahu kami menjadi seorang pemimpin yang berwibawa. Pada hari terakhir itu jugalah kami dapat melihat abang Syain buat pertama kalinya dia tertawa akan kenakalan kami. Kesemua kenangan pahit dan manis ini membawa erti yang sangat berharga dalam kehidupan kami. Kini, kami pulang dengan kejayaan dan aura kepimpinan yang cemerlang. Daripada kem ini, kami membawa pulang sesuatu yang sangat berharga iaitu ‘’Sorakan Berapi’’.

Sekian, Terima kasih.
-Lembaga Pengawas SMK Seri Serdang 2017-










Kepimpinan, kebahagiaan

‘’SESEBUAH NEGARA TIDAK AKAN MUNCUL DAN KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT TANPA SESEBUAH ORGANISASI. SESEBUAH ORGANISASI ITU AKAN RUNTUH APABIL...